Sunday, 28 July 2013

Pergi

PERGI. Satu perkataan yang membawa beribu maksud beribu ayat beribu tanda tanya. Pergi? pergi mana? Pergi? Pergi negara mana? Pergi? Pergi negeri mana? Pergi? Pergi kedai? Pergi? Nak pergi mana? Pergi? Berapa lama? Pergi? Bila? Pergi sampai bila? Pergi? Lagu aizat pergi tu ke?Hm banyak laggi ayat untuk PERGI. Now PERGI yang terjadi dalam hidup aku semalam, rasa masa tu cepat panntas je berlalu. Sometime rasa 'Eh betul ke benda ni berlaku?" "Eh realiti atau mimpi?" "Serious ke ni?" "Jadi depan mata aku ni betul ke?" "Betul ke ni?" "Tanya ni realiti ke ni?" *lap air mata*. Ceritanya semalam, aku duduk kat rumah online tengok utube pasal spirit of the coin sampai part syiling tu tak nak balik kat home tetiba pintu bilik ade orang ketuk. "Iera siap cepat teman mak pergi rumah cikzah" mak rupanya jap pergi rumah cikzah? cepat cepat aku siap ambik cardigan and tudung sarung dalam hati mengucap istighfar sebab aku tau pergi rumah cikzah tak lain tak bukan tengok akak. Akak? sapa akak? akak die sepupu aku akak rosnah eh ARWAH akak rosnah. Ye arwah akak dah tak ada. Ok sambung balik. Dah lepas siap semua sleep lappy tutup kipas tutup lamu tutup pintu bilik "mak dah siap jom" ok aku mak and ayie cepat cepat naik kereta pergi rumah cikzah,rumah cikzah dekat je dengan aku sebab malam dalam lepas berbuka pukul 9 tu abah pon dah pergi terawih aku mak and ayie jekla pergi then masuk rumah cikzah tengok akak, *lap air mata* "iera pegi bilik air amik air sembahyang" ok turutkan kata mak amik air sembahyang then pergi kat akak lepastu amik yasin baca ulang ulang ulang, tahan air mata jangan nangis iera dalam hati ulang ulang akak masetu dah tarik nafas *nazak* dekat ayat yasin yang ke 70 lebih aku bangun pergi kat katil akak ppandang akak tak boleh jadi sambung habiskan baca yasin tepat habis baca yasin untuk kali keempat Apis: Inalillah". Aku pandang lemah lutut terduduk mata bergenang letak yasin kat dada, Akak pergi dah tak ada pergi tinggalkan kiteorang die meninggal dalam pukul 9:35 ya Allah, bak masetu macam tak caya tapi semua yang ada kat kak senah still ragu-II dalam hati aku kata kak senah ada lagi ye die adelagi akak ade agi. Mak bak apis bergilir gilir rasa nadi dia tengok dada dia tak ade gerak pape pun, tengok tenung tetiba apis lagi sekali kata "inalillah akak dah tak ada telinga die dah jatuh tadi tegang lagi" aku serta merta tengok telinga akak ye telinga akak jatuh lepas sebut inalillah aku pergi depan nangis nangis dan nangis betul ke semua ni akak dah tak ada mak cikzah kata dah jangan nangis die pergi di bulan mulia bulan ramadhan bulan pernuh keberkatan redha kan dia pergi. Astaghfirullah air mata tetap mengalir aku masuk balik bili akak tengok die dah takda amik yasin baca lagi then bak kata bawak pergi rumah depan aku bangun kesat air mata tapi tetap mengalir pergi depan tengok akak diletakkan dekat tengh tengah hadap kiblat mukanya ditutup dengan kain pandang sekeliling tv frame semua ditutup dgn kain diterbalikkan aku duduk di tepi dinding nangis tengok tepi abah dah balik terawih khaidir pon datang tak sanffup tengok pergi rumah berlakang mak kata dah iera peri amik air sembahyang solat isyak akur dan pergi lama sangat aku doa siap semua pergi kat sofa baring mak kata jom iera pergi depan ikut mak pergi duduk belakang cikzah tengok tengah tengah tanya mak dah pukul berapa? pukul 11 , ok sambung baca yasin sedekah al fatihah duduk termenung then tengok fon mak dak pukul 1 lebih dah 5 jam kat rumah cikzah akak dah pergi 4 jam setengah, dalam 1:40 ajak mak balik mata dah pedih nak tidur, ok balik sampai rumah masuk bilik baring kesat air mata pejam mata, aku dapat bagitau aien je aien kata dia paham aku suruh die bagitau hazimah. Dan harini 10:30 mak suruh siap jenazah lepas sahur pegi hospital kota then dalam 10:30 mak suruh ssiap jenazah dah nak sampai ,siap pegi rumah bak ramai orang masuk duduk kat halaman then ramai orang bangun oh jenazah dah sampai aku cepat cepat cilok masuk dekat dalam rumah tengok akak dah dikhafankan kain kapan kat muka dibuka air mata mengalir lagi ramai menangis tengok akak putih tapi hidung die dah jatuh btw semalam lepas hembus nafas terakhir bibir akak terukir satu senyuman. Putih pucat then bak masuk bak kata "jangan cium dia" aku yang berdiri dekat dinding pandang bak then pandang org yang duduk kat sebelah akak. Kenapa tak bagi cium? kenapa? tak tau. Lepas di solatkan aku paksa mak pergi kubur dalam 11 lebih tu pergi kubur 12 lebih selesai urusan di kubur. Jalan dengan pizah nak balik kereta aku tanya pizah "pizah dah berapa langkah?" pizah jawab entah hm takpe. Balik rumah terima hakikat yang akak dah PERGI buat selamanya. Inalillah Al fatihah.

3 comments: